Melayu

Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya telah diadakan pada 25 Oktober 2017 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid dengan tema "Membudaya Inovasi Merealisasi Transformasi". Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia.

Antara pengisian sepanjang majlis berlangsung adalah;

Alt

adminjkr


Melayu

Tahniah diucapkan kepada Ir. Suhaizad bin Sulaiman dan pasukan penyelidik (Azizah Tukiman - UKM & Zulzana Zakaria - Politeknik PD) kerana telah dianugerahkan "Best Presenter" dan "Best & Distinguished Paper (Non-Local Institution Category)" yang bertajuk "Study The Effect Of Traffic Congestion On Signalized Intersection In Bukit Chedang, Seremban Using Sidra 6.0 Software".

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Penggantian Enam (6) Unit Chiller Dan Lain-Lain Komponen Di Chiller Plantroom Di Bawah Program Audit Tenaga, Retrofit Dan Pengurusan Tenaga, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHa) Di Kompleks Kementerian Kerja Raya telah diadakan pada 23 Oktober 2017.

Alt

adminjkr


Melayu

Seminar on Safety and Health – Towards Sustainability Agenda (SOSH2017) anjuran Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dengan sokongan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah diadakan pada 4hb – 5hb Oktober 2017 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. 

Alt

adminjkr


Melayu

Artikel bertajuk “ICT to shape country's future oleh Ir. Dr. Megat Zuhairy bin Megat Tajuddin telah diterbitkan dalam akhbar New Straits Times bertarikh 16 Oktober 2017.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. W. MOHD SAIPALLAH BIN W. KADIR, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK 2 (HOPT2), CAWANGAN KERJA KESIHATAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 22 Oktober 2017.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Mengenang Jasa Pesara JKR telah diadakan pada 19 Oktober 2017 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Majlis yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya dan diiringi oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Hj. Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Infra) dan YBrs. Tuan Hj. Meor Mohamed Haris bin Meor Hussein, Jurutera Awam Penguasa Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Mengenang Jasa Pesara JKR tahun 2017 serta pegawai – pegawai kanan Jabatan Kerja Raya.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Pn. Farah Binti Abdul Samad, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan Tenaga telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan Tenaga termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 4 Oktober 2017 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sr Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah, Juruukur Bahan Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian Ph.D dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Built Environment) berkuatkuasa 21 Julai 2017 oleh Senat Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan penempatan YBrs. Ir. Gopal Narian Kutty, Pengarah, Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR, memangku Gred Utama B mulai 4 Oktober 2017. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 16 Oktober 2017.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman