Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. En. Shamsulakmar bin Abdul Munir, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diarah untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 13 September 2017 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

HARI KEDUA – 18 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)

Mesyuarat Jurutera Awam bersambung dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Dr. Rosniza Aznie Binti Che Rose dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia bertajuk “Managing Perception dan Mitos Vs Realiti”. Beliau menekankan kepentingan pengurusan persepsi di dalam sesebuah organisasi.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis perasmian Mesyuarat Jurutera Awam JKR Malaysia 2017 telah diadakan pada 17 September 2017 bertempat di Dewan Banquet, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim. Penganjuran mesyuarat kali ke-8 ini bertemakan “Managing Perception”, di mana sebagai kakitangan di Jabatan Kerja Raya yang merupakan Jabatan Teknikal utama kerajaan Malaysia secara amnya dan sebagai Jurutera Awam secara khususnya perlu membuka mata dan menyelami persepsi-persepsi di sekeliling bagi meningkatkan lagi pencapaian JKR secara keseluruhannya.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Siap Perumahan Kastam Larkin, Johor Bahru, Johor telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa, 12 September 2017 jam 11.00 pagi di tapak projek.

Alt

adminjkr


Melayu

Seminar Pengurusan Fasiliti Sektor Awam 2017 anjuran Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan, Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Caw. Perancangan Aset Bersepadu telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 12 hingga 13 September 2017 bertempat di Dewan Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Seminar Teknikal Kejuruteraan Mekanikal 2017 telah dianjurkan oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 14 September 2017, bertempat di Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur bertemakan 'Deliver With Quality'. Tema ini telah dipilih demi mensasarkan kepada pelaksanaan projek secara efektif dengan kualiti yang tinggi, kemasan yang baik dan rekabentuk yang optimum serta menjimatkan. Objektif seminar ini adalah;

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TN. HJ. HAJI ABDUL RAHMAN BIN IDRIS, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK, CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 15 September 2017. Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 15 November 1984 dan ditempatkan di JKR Daerah Bera, Pahang.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Balai Polis di Taman Bayu Damai, Pengerang telah diadakan pada 12 September 2017.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TN. HJ. KAHADI BIN HASSAN, TIMBALAN PENGARAH (TEKNIKAL) JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI KELANTAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 13 September 2017. Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 3 Januari 1985 dan ditempatkan di JKR KESEDAR, Gua Musang sebagai Jurutera Awam.

Alt

adminjkr


Melayu

Pihak Pengurusan PNMB telah membuat keputusan untuk menjual borang-borang kerajaan secara diskaun sebanyak 25% bagi item-item seperti senarai di bawah;

Alt

adminjkr


Halaman-halaman