Pada 24-25 Oktober 2017, telah berlangsung “KAKUSHIN 2017-THE 6th ASIAN SAVE INTERNATIONAL VE CONFERENCE IN CONJUNCTION WITH THE 50th SJVE CONFERENCE” di Arcadia, Ichigaya, Tokyo, Jepun. Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ibu Pejabat JKR telah diwakili oleh 2 orang pegawai Unit Pengurusan Nilai (UPN) yang membentangkan kertas persidangan yang berjudul:-
Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Puan Farah binti Abdul Samad, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga berkuatkuasa 27 Oktober 2017.
Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Semoga YBrs. Puan Farah binti Abdul Samad terus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, profesional dan berintegriti demi kecemerlangan jabatan.
SEMINAR PWD DESIGN FORUM 2017 (+pdf 2017) telah berlangsung pada 30 - 31 Oktober 2017 di Dewan Utama CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Seminar dua(2) hari tersebut adalah anjuran bersama Cawangan Arkitek dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Jabatan Kerja Raya (JKR). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Kamaluddin bin Hj. Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan Sr. Ratna binti Hj.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak JK Induk Pelaksana Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2017 bersetuju untuk melanjutkan tarikh tutup penyertaan bagi Pertandingan Video Pendek. Sehubungan dengan itu, tarikh tutup bagi penghantaran penyertaan kepada urus setia BBK KKR adalah pada 6 November 2017 (Isnin) pukul 12.00 tengah hari. Klik di sini untuk Terma dan Syarat Pertandingan tersebut.
Projek Membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan, Pakej 1B telah berjaya menjadi projek pertama yang menggunakan teknologi baru turapan asphalt terubahsuai getah bekuan atau CupLump Modified Asphalt (CMA). Inovasi yang terdapat dalam penggunaan CMA adalah menggunakan getah beku asli untuk dijadikan bahan tambah dalam campuran asphalt. Pembinaan jalan menggunakan turapan CMA dalam projek ini adalah sepanjang 2 kilometer.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. MOHAMAD AZMI BIN HAMID, KETUA JURUTERA ELEKTRIK NEGERI, JKR NEGERI SELANGOR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 November 2017.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. NORHAYATI BINTI NASARUDDIN, ARKITEK PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1 yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 November 2017.
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah meluluskan pemangkuan bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) seperti berikut :
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah mengeluarkan arahan menjalankan tugas Pengarah Cawangan dan JKR Negeri seperti berikut:
Pada 16-17 Oktober 2017, Bahagian Integriti (BaI), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) selaku urus setia telah mengadakan Mesyuarat Pegawai Integriti JKR Malaysia (MPI) Bilangan 2 bagi Tahun 2017 di Bilik Berlian, Menara Kerja Raya. Mesyuarat yang berlangsung dua kali setahun ini telah dipengerusikan oleh Ir. Dr. Hannerita Binti Mohamad Zainal selaku Ketua Bahagian Integriti, CDPK. Ahli mesyuarat adalah terdiri daripada Pegawai Integriti dan Penolong Pegawai Integriti dari 20 Cawangan dan 15 JKR Negeri.