Melayu

JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz, mantan Pengarah JKR Negeri Melaka di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka iaitu Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada hari Sabtu, 14 Oktober 2017. YBhg. Datuk kini berkhidmat sebagai Pengarah JKR Negeri Selangor.

Warga JKR berbangga di atas penganugerahan ini yang menunjukkan pengiktirafan kepada JKR dalam pembangunan Negeri Melaka.

Alt

adminjkr


Melayu

Sinonim dengan cabaran dan perubahan masa, Mr. JKR Malaysia kembali dengan wajah dan  karektor animasi serba baru untuk disesuaikan dengan imej Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku sebuah organisasi yang sentiasa komited dan prihatin dalam merealisasikan harapan pelanggan.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Pelabuhan Kargo Am Dan Labuhan Pukal Kering Dermaga Tanjung Lembung, Langkawi, Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Oktober 2017. Projek ini dapat disiapkan secara 3 dalam 1 iaitu penyerahan Sijil Perakuan Siap Kerja, Lukisan Siap Bina (as-built drawing) dan Sijil Perakuan Muktamad (Statement of Final Account) di samping coffee table book.  

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. TN. Ir. HJ. ABD. HALIM BIN IBRAHIM, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PANGKALAN UDARA, CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 11 Oktober 2017.

Alt

adminjkr


Melayu

Setinggi – tinggi ucapan tahniah kepada Kementerian Kerja Raya kerana telah dianugerahkan Sijil Anugerah Penarafan 5 Bintang Standard Psikologi Sumber Manusia bagi tahun 2017 sempena Persidangan Psikologi Modal Insan 2017. Majlis telah berlangsung pada 9 Oktober 2017 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan anugerah telah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

Alt

adminjkr


Melayu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Norhidayu binti Kasim, Jurutera Awam, Bahagian Rekabentuk Jambatan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian Ph.D dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Kejuruteraan Awam dan Struktur) berkuatkuasa 25 September 2017 oleh Senat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Alt

adminjkr


Melayu

Program ini merupakan inisiatif dari YBrs. Sr. Ratna binti Haji Mahyuddin, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Pakar) yang telah diadakan pada 27 hingga 29 September 2017 bertempat Pusat Latihan Kecemerlangan Negara (CREaTE), Melaka.  Turut hadir sama adalah  YBrs Dr. Che Hassandi Bin Abdullah, Pengarah Kanan (CREaTE), Y. Brs Encik. Mohd Rahim Bin Kawangit yang sedang menjalankan tugas Pengarah Kanan, CPAB, Pengarah-Pengarah Cawangan dan Pengarah-Pengarah JKR Negeri serta pegawai-pegawai JKR dari Cawangan dan Negeri.

Alt

adminjkr


Melayu

Produk inovasi “SCLI Knowledge Management Framework” yang dibangunkan oleh Sr Dr Khairil Hizar Md Khuzaimah, Juruukur Bahan Kanan di Unit Enterprise Content and Knowledge Management, CPAB bersama pasukan penyelidik UiTM telah berjaya meraih kemenangan berganda di Pertandingan Rekacipta Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX 2017) yang berlangsung dari 25 hingga 29 September di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. Hj. NASIR BIN ABDUL HAMED, PENGARAH KANAN CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 4 Oktober 2017.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman