Melayu

Bahagian Pengurusan Perubahan & Prestasi (BPPP), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah melaksanakan Mesyuarat Pemantapan Peranan Pegawai Prestasi Dan Pegawai Pemantau Risiko JKR bagi Tahun 2023 pada 9 November 2023 (Khamis).

Alt

adminjkr


Melayu

31 Oktober 2023 – SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan kepada Kumpulan J-Tec dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Johor kerana telah berjaya merangkul Anugerah Inovasi Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Agensi Tahun 2023 bagi Kategori Umum, dan sekaligus membawa pulang Piala Pusingan dan hadiah wang tunai bernilai RM5,000.00. 

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Dokumen Terbitan JKR kepada Perpustakaan JKR telah berlangsung pada 1 November 2023 bertempat di Perpustakaan JKR, Tingkat 16, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Program anjuran bersama Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya.

Alt

adminjkr


Melayu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Bismiazan Bin Abd. Razak, Arkitek dari Bahagian Senibina Keselamatan, Cawangan Arkitek kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian Ph.D dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D in Architecture) dengan anugerah Graduate On Time (GOT) berkuatkuasa 25 Oktober 2023 oleh Mesyuarat Senat Universiti Kebangsaan Malaya (UKM) ke-502.

Alt

adminjkr


Melayu

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Hj. Muhammad Zaki Bin Hj. Abd Manaf, Arkitek Kanan di Bahagian Arkitek, JKR Wilayah Persekutuan Labuan atas penganugerahan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang keselesaan termal bangunan masjid daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau turut memperoleh Anugerah Tesis Cemerlang, Graduate On Time (GOT) dan tercalon untuk Anugerah Emas UKM.

Alt

adminjkr


Melayu

10 November 2023 - Pada hari ini telah berlangsungnya sesi Penyerahan Kertas Resolusi Majlis Tindakan Jurutera Daerah (MTJD) yang dinamakan sebagai TEKAD MTJD 2023-2024 Dedikasi Memacu Aspirasi.

Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Mohd Zamri Bin Mohamud, Jurutera Daerah Hulu Langat selaku Pengerusi MTJD kepada YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya.

Alt

adminjkr


Melayu

8 NOVEMBER 2023 - Satu Majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan Champion Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan EKSA Do-It-Yourself (EKSA DIY) Kluster Kementerian dan Agensi Pusat & Jabatan Utama (APJU) telah diadakan di Dewan Balora Perdana, Putrajaya.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Membina Baru Jambatan Konkrit Di C115 Seksyen 8.6 Kg. Jergoh, Temerloh, Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 3 November 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Mayang Sari, Aras 25, Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) Putrajaya.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 7 November 2023 (Selasa) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Rintis Bangunan Daif di SK Bandar Baru Bangi, Selangor yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.

Alt

adminjkr


Melayu

Bersempena dengan kehadiran YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bagi merasmikan Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2023 pada 2 November 2023 (Khamis) yang lalu, YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan CREaTE turut mengambil kesempatan membawa melawat sekitar kawasan CREaTE dan Makmal Jalan. Turut serta dalam sesi lawatan ini, YBhg Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.  

Alt

adminjkr


Halaman-halaman