Sukacita dimaklumkan bahawa pihak JKR dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk memohon mengikuti Pengajian Peringkat Sarjana (Coursework) secara Separuh Masa bagi Sesi 2024 dalam Sarjana Sains Infrastruktur Lestari (Master of Science In Sustainable Infrastructure - MSSI).
Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga di atas pemergian Penolong Jurutera Kanan, Bahagian Perkhidmatan Forensik Struktur, Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur, En. Benny Anak Andrew Esing pada 28 Julai 2023 (Jumaat), bertempat di Hospital Kuala Lumpur.
Jenazah beliau akan disemadikan di St. Edmund Catholic Cemetery, Kpg. Bakol, Limbang, Sarawak.
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN BAKI KERJA KOMPLEKS ISLAM KUALA LANGAT, DI DALAM DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN telah berlangsung pada 20 Julai 2023 (Khamis) bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Islam Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.
Pada tanggal 17 Julai 2023 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, Tingkat 3, Blok A, Kompleks Kementerian Kerja Raya telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) 2 in 1 dan penyerahan rasmi pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek di bawah Cawangan Jalan iaitu PROJEK MENGGANTIKAN JAMBATAN FT003/675/40 SUNGAI KELONG, PASIR PUTEH, KELANTAN.
KEMAMAN, TERENGGANU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku agensi teknikal utama negara telah berjaya menyerahkan projek infrastruktur jalan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR).
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek PEMBINAAN FASA KEDUA PUSAT LATIHAN ISLAM LAWAS SARAWAK telah diadakan pada 17 Julai 2023 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Cenderawasih, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Menara PJD, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.
18 Julai 2023 – Majlis Penyerahan Sijil EKSA Kendiri (DIY) kepada JKR Negeri Perlis telah diadakan semasa Mesyuarat Pengarah (MP) JKR Malaysia Bil.2/2023 di Menara Kerja Raya (Blok G).
Sesi penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBrs. Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said, Pengarah JKR Negeri Perlis.