Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN PEJABAT PENTADBIRAN DI AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) telah diadakan pada 12 Julai 2023 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna Aras 1, Bangunan Baharu Pejabat Pentadbiran (ASWARA) pada jam 08.00 malam.
Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Husin bin Mustafa, Pengarah Perunding Rekabentuk (PPR), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia bersara wajib pada 19 Julai 2023.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HUSIN BIN MUSTAFA yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 19 JULAI 2023.
Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan Tenaga, JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur akan menganjurkan JKR Green Day 2023 pada 16hb – 17hb Ogos 2023 bertempat di Dewan Damar Sari, Putrajaya.
Majlis Penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi Projek Membina Semula Masjid Sungai Puyu, Butterworth, Pulau Pinang telah diadakan pada 23 Jun 2023 (Jumaat) yang telah disempurnakan YBrs.Tuan Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid, Pengarah JKR Pulau Pinang kepada Yang Berhormat Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (YDP MAINPP).
JKR Malaysia telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) JKR Malaysia Bersama Komuniti pada 6 Julai 2023 (Khamis) di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah, Perak.
Pada 6 Julai 2023 (Khamis) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Sesi Menandatangani Dokumen Kontrak bagi pelaksanaan Projek Kerja-Kerja Pemasangan Kuasa Elektrik Tetap di Bukit Tagasan Semporna Untuk PDRM. Majlis Penyerahan SST dan Sesi Menandatangani Dokumen Kontrak tersebut telah diadakan di Bilik Zamrud, Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.
Mesyuarat Penyelarasan Ahli Jawatankuasa Antara Agensi Kerajaan Bagi Pengurusan Cerun (ICSM) Kali Ke-16 telah dilaksanakan pada 5 Julai 2023 (Rabu). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Mohd Shaifuddin Bin Abdul Razak, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ibu Pejabat JKR Malaysia.