HULU LANGAT, Selangor – 23 Jun 2023 (Jumaat), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui JKR Daerah Hulu Langat telah mengadakan Program Kerja Undi Kelas G1 yang diadakan di Dewan Serbaguna, JKR Hulu Langat. YBrs. Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria, Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor telah hadir untuk merasmikan program tersebut. Turut hadir adalah YBhg. Dato' Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.
TAHNIAH DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR BANGUNAN), JABATAN KERJA RAYA, KEMENTERIAN KERJA RAYA, MEMANGKU JURUTERA AWAM GRED UTAMA A
Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Haji Badioezaman bin Ab. Khalik dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Memangku Gred Utama A berkuatkuasa mulai 23 Jun 2023.
MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) & SESI MENANDATANGANI DOKUMEN KONTRAK
PROJEK PENYELENGGARAAN SISTEM SOLAR HIBRID DAN NAIK TARAF SISTEM BEKALAN ELEKTRIK BAGI SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR NEGERI SABAH TAHUN 2023 HINGGA 2025 – PAKEJ 3 & PAKEJ 4 DAN
PROJEK OPERASI DAN PENYELENGGARAAN JANAKUASA DIESEL DAN NAIK TARAF SISTEM BEKALAN ELEKTRIK BAGI SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 SEHINGGA 2024
Pada 15 Jun 2023 (Khamis) telah berlangsung Majlis Pentauliahan CBAS Tahun 2022 dan Penyampaian Sijil CCPM Tahun 2021 yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato’ Ir. Haji Zulkipli bin Haji Nasri di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur.
Pada 15 Jun 2023 (Khamis) telah berlangsung satu Sesi Interaksi Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK), YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri Bin Baharuddin bersama pegawai-pegawai KADER JKR di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertempat di Aras 1, Menara 2 Kementerian Pendidikan Tinggi, Putarajaya.
JOHOR BAHRU, Johor – 18 Jun 2023 (Ahad), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku agensi teknikal utama negara di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyerahkan tiga (3) projek fasiliti kesihatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini iaitu :
15 Jun 2023│, YBrs. Ir. Hj. Badioezmaan bin Ab. Khalik, menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Bangunan telah memberikan taklimat penganjuran Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) tahun 2023 kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausana Kementerian Kerja Raya.
Pada 15 June 2023 (Khamis) telah berlangsung satu kunjungan hormat dari Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG), Putrajaya bertempat di Bilik Mesyuarat Santubung, Aras 2, Wisma Sumber Asli, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Putrajaya. Kunjungan ini telah dihadiri oleh En. Thirunavukarasu A/L Loganathan (Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Unit Tanah), YBhg. Dato’ Ir.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK THULASAIDAS SIVASUBRAMANIAM yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 15 JUN 2023.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK THULASAIDAS SIVASUBRAMANIAM dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.