Menara Kerja Raya │ Alhamdulillah, YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah menyempurnakan penyerahan zakat wakalah melalui Surau Kementerian Kerja Raya daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada penerima zakat terdiri daripada warga JKR Ibu Pejabat, Kuala Lumpur yang berkelayakan. Turut hadir menyaksikan penyerahan ini adalah , wakil daripada Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) YBrs. Ir. Hj. Ashlie bin Hj. Abdul Rahim, Ketua Bahagian Sekretariat, YBrs. Ir. Janari b.
Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 5thJKR Research Colloquium (JKRRC 2023) seperti ketetapan berikut:
JKR Malaysia telah berjaya memenangi tiga (3) pingat iaitu dua Pingat Perak dan satu Pingat Gangsa di Penang International Invention Innovation and Design (PIID2023) yang telah berlangsung pada 16 sehingga 18 Mei 2023 di Cawangan UiTM Pulau Pinang.
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah menerima kedatangan tetamu dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi sesi Lawatan Jalinan Mesra Dan Perkongsian Maklumat Berhubung Pelaksanaan Integrated Management System (IMS) di Jabatan Kerja Raya Malaysia pada hari Selasa, 13 Jun 2023. Lawatan ini telah dihadiri oleh YBhg.En.
Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Ir. Shaharuddin Bin Bahari, Jurutera Awam Penguasa Jalan, Jabatan Kerja Raya Melaka, yang telah kembali ke rahamatullah pada hari Ahad 11/06/2023. Jenazah telah disolatkan di Masjid Jamek Kampung Sungai Bilah, Bukit Gambir selepas solat Isyak dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Gambir, Tangkak Johor jam 10.00 malam.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pengarah Projek bagi projek MENAIKTARAF DAN PEMBAIKAN ASRAMA MELOR, RUMAH PENGINAPAN & DEWAN SAJIAN DI INTAN BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR (REKA DAN BINA) telah diadakan pada 8 Jun 2023 (Khamis) di Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Yang Berbahagia Dato’ Ir Haji Zulkipli bin Haji Nasri telah hadir bagi merasmikan Program Intensif Calon Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan (PEPC) 2023 pagi tadi di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Seramai 142 orang calon Jurutera Profesional terdiri daripada calon Disiplin Awam, Mekanikal dan Elektrik telah hadir bagi mengikuti program yang dikelolakan oleh Unit Bangunan dan Struktur, Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK).
Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Haji Hamdan bin Ali, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan bercuti rehat mulai 13 Jun 2023 sehingga 11 Julai 2023 bagi menunaikan ibadah haji.
MACHANG, KELANTAN - 3 Jun 2023 (Sabtu) Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku agensi teknikal utama negara telah menyerahkan lima (5) buah projek siap klinik kesihatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad telah menyerahkan replika kunci kepada Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dr. Zaliha Binti Mustafa sebagai simbolik penyerahan kelima-lima projek tersebut.
Tahniah diucapkan kepada Dr. Suhaila Binti Abdul Rashid, Arkitek Kanan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) kerana telah dianugerahkan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Urban Design seperti butiran di bawah :
Nama Program/ Kod: Doctor of Philosophy / PGRS Fakulti: Razak Faculty of Technology and Informatics, Universiti Teknologi Malaysia