Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs Ir. HJH. HASLINA BINTI MOHD ISA, UNIT PROJEK KHAS ZON UTARA 2, CAWANGAN JALAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 3 September 2022.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. Anisah binti Saim, PENGARAH BAHAGIAN TEKNIKAL, JABATAN AUDIT NEGARA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 3 September 2022.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis penyerahan dua projek Menaiktaraf Bekalan Elektrik (Pemasangan Sistem Solar) untuk Klinik Kesihatan Nanga Gaat dan projek Menaiktaraf Bekalan Elektrik (Pemasangan Sistem Solar) untuk Klinik Kesihatan Lio Mato, Negeri Sarawak telah diadakan pada 25hb Ogos 2022 yang lalu di Klinik Kesihatan Nanga Gaat, Kapit, Sarawak. Kedua-dua projek telah berjaya disiapkan 53 hari awal dari tarikh siap asal. Projek ini juga berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan secara tujuh dalam satu (7-in-1) iaitu:

 

Alt

adminjkr


Melayu

Program 4th JKR Research Colloquium (JKRRC) 2022 telah berlangsung selama dua (2) hari bermula dari 9 Ogos 2022 (Selasa) hingga 10 Ogos 2022 (Rabu) dengan jayanya. JKRRC adalah satu pentas yang diwujudkan khas untuk para penyelidik JKR, daripada pelbagai disiplin kejuruteraan, arkitek dan ukur bahan, membentangkan hasil penyelidikan yang telah mereka jalankan.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada tanggal 26 Ogos 2022 (Jumaat) dan bertempat di Mezzanine Kanan, Blok G KKR 2, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Penyerahan projek siap bagi projek di bawah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan yang melibatkan projek PEMBINAAN SEMULA KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ASAS DI PULAU JARAK, PERAK.

Alt

adminjkr


Melayu

Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Projek Bersama JKR Sabah Dan JKR Sarawak Bil.1/2022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Ketua Pengarah Kerja Raya telah dilangsungkan pada 23 Ogos 2022 di Bilik Mesyuarat Berlian, Blok G, Menara Kerja Raya. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah JKR Sabah iaitu YBrs. Tuan Hj. Kamaluddin Hj. Ag Abas, dan juga Timbalan Pengarah III (Infrastruktur) JKR Sarawak iaitu YBrs. Tuan Ts. Cassidy anak Morris, TKPKR Sektor Pakar dan TKPKR Sektor Bangunan.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Syabas diucapkan di atas penyampaian Ucaptama oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) Malaysia semasa penganjuran The Malaysian Value Management Summit (MVMS) 2022 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia atau Institute Value Management Malaysia (IVMM) di platform maya pada 18 Ogos 2022. MVMS 2022 yang julung kali dianjurkan di Malaysia telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

 

Alt

adminjkr


Melayu

Ucapan setinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) Malaysia, di atas penganugerahan Felo Kehormat (Honorary Fellow) oleh Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia atau Institute Value Management Malaysia (IVMM) yang dianugerahkan mulai pada 16 Jun 2022.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Apresiasi Program Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah diadakan pada 18 Ogos 2022 bertempat di Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Dato' Ir. Haji Masri Bin Baharuddin.

Majlis ini bertujuan untuk meraikan para pemenang bagi dua (2) program yang diadakan oleh CDPK iaitu Anugerah Mentor-menti Cemerlang Peringkat Jabatan Kerja Raya bagi tahun 2020 dan 2021 dan Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik Peringkat CDPK.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs Ir. ABU BAKAR BIN MOHD SIDEK, PENGURUS BESAR KANAN PEMBINAAN (MEKANIKAL), PPPNP JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 23 OGOS 2022.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman