Melayu

Ucapan Tahinah kepada YBrs. Ir. Ts. Anita Binti Mohamed Shafie, Pengarah Bahagian Pengurusan Nilai, Kementerian Ekonomi di atas Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Persekutuan sempena Sambutan Hari Perkerja anjuran CUEPAC pada 1 Mei 2023. Penilaian Anugerah ini adalah di atas pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 100% pada tahun 2021 sepanjang beliau menerajui JKR WP Putrajaya.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada beliau.

 

Alt

adminjkr


Melayu

LIBAT URUS PAP JKR MALAYSIA BERSAMA PELANGGAN 2023 ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Cawangan Arkitek JKR Malaysia dengan penglibatan bersama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dan JKR Negeri Melaka bertujuan untuk mempromosi dan memperkasa penggunaan reka bentuk PAP bagi projek-projek Kerajaan. Selain itu, ia juga sebagai platform kepada pihak JKR untuk menyalurkan maklumat dan mendapatkan maklumbalas daripada pihak pelanggan berkaitan reka bentuk yang sedia ada di samping keperluan reka bentuk pada masa akan datang.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 12 Mei 2023 (Jumaat) bertempat di Foyer, Tingkat 1, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) 2 in 1 dan penyerahan rasmi pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek di bawah Cawangan Jalan iaitu PROJEK UMK - PEMBINAAN JALAN UTAMA, JARINGAN JALAN DALAM KAMPUS DAN KERJA-KERJA INFRASTRUKTUR, KAMPUS BACHOK (FASA II)

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan YBrs. Ir. Hj. Mohd Faizul bin Ali Hanapiah, Jurutera Awam Penguasa Kanan di Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia ditukarkan ke JKR Wilayah Persekutuan Labuan sebagai Pengarah berkuatkuasa mulai 16 Mei 2023.

Alt

adminjkr


Melayu

Seiring dengan pendekatan Malaysia MADANI, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menggerakkan inisiatif RAHMAH yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu memperbaiki dan menggantikan mentol lampu jalan yang rosak di sepanjang Jalan Persekutuan yang diselenggara oleh pihak JKR.

Usaha murni ini diwujudkan atas dasar keprihatinan terhadap peningkatan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di Malaysia. Lantaran itu, ‘Tabung Rahmah Mentol Lampu Jalan’ diwujudkan bagi mengutip sumbangan ikhlas dari warga JKR seluruh negara.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK NORHAIMI BIN MOHD NOOR yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 8 Mei 2023.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK NORHAIMI BIN MOHD NOOR dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa URUS SETIA ANUGERAH BIM JKR MALAYSIA ingin mempelawa YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk menyertai Anugerah BIM (ABIM) JKR Malaysia bersempena program JKR BIM DAY 2023 sepertimana butiran berikut:
 

Bil

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PN. FARAH BINTI ABDUL SAMAD yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 2 Mei 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah (J3) bertempat di Cawangan Tentera pada 2 Mei 1995. Beliau telah berkhidmat hampir 28 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Halaman-halaman