Pada 28 Mei 2023 (Ahad) bertempat di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah menerima penganugerahan Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022-2023 kategori PLATINUM dengan skor markah melebihi 90 peratus ke atas. Sijil penarafan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.
Roadshow Garis Panduan Bagi Kerja Perlindungan, Pengalihan Dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program Dan Projek Kerajaan Rancangan Malaysia Ke-12 (GP Utiliti RMKe-12) Zon Tengah telah berlangsung pada 25hb Mei 2023 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Cemerlang, Wisma Perbadanan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.
Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Hisyammuddin bin Harun, Jurutera Awam, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) Pegawai Kader JKR Malaysia telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mei 2023 (Selasa) lebih kurang jam 6.00 petang akibat kemalangan jalan raya. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Forest Height (Econsave), Seremban, Negeri Sembilan.
Pada 23 Mei 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Berlian Aras 2, Menara Kerja Raya telah berlangsungnya satu Sesi Penyerahan Sijil Penghargaan dan Dokumen Laporan Pencapaian Pelan Strategik JKR Malaysia Tahun 2022 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya sejurus selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik dan Pengurusan Risiko Organisasi JKR Malaysia Bil. 1/2023.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK ISMAIL BIN MAHMUD yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 25 Mei 2023.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK ISMAIL BIN MAHMUD dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.
Pada 22 Mei 2023 (Isnin), Yang Berhormat Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah mengadakan lawatan bersama Yang Berhormat Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan bagi meninjau keadaan terkini Sekolah Kebangsaan Setapak, Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat kejadian ribut pada 19 Mei 2023.
Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS), CDPK dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), CDPK telah berjaya menganjurkan Majlis Apresiasi Program CDPK Tahun 2023 pada 18 Mei 2023 (Khamis), bermula pada jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Sebanyak lima (5) anugerah yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir.
Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Hanizan bin Shafii, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia bercuti sakit mulai 12 Mei 2023.
Sehubungan itu, YBrs. Ir. Husin bin Mustafa diarah menjalanakn tugas Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Husin bin Mustafa berkuatkuasa pada 12 Mei 2023 sehingga pegawai kembali bertugas.
Lawatan kerja oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSU) ke Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah berlangsung pada 19 Mei 2023 pada pukul 3.00 petang di Menara Kerja Raya Blok G.
Sukacita dimaklumkan bahawa persidangan APMC 2023 kali kedua, anjuran bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan The Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA) akan diadakan seperti ketetapan berikut: