Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR (FASA 3) telah diadakan pada 21 Mac 2023 (Selasa) bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi.
Pada tanggal 20 Mac 2023 (Isnin) bertempat di Ruang Makan Mezzanine Kiri, Aras M, Menara Kerja Raya Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan rasmi Surat Pelantikan Pengarah Projek bagi projek di bawah Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1) iaitu PEMBINAAN INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH, KENINGAU – FASA 3 (REKA DAN BINA)
Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Menaiktaraf dan Memulihara Bangunan Canseri, Kediaman Rasmi dan Kuarters HBS di Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Korea Selatan telah diadakan pada 24 Mac 2023 (Jumaat) bertempat di Bilik Triti, Wisma Putra, Putrajaya.
Adalah dimaklumkan, YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, memangku Gred Utama B pada 7 Februari 2023.
Sukacita dimaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam telah memberikan Pingat Bakti Pertahanan Awam kepada YBrs. Ir. Haji Nik Soh bin Yaacoub, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Jabatan Kerja Raya sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam kali ke-71 Tahun 2023.
Sesungguhnya pengurniaan anugerah pingat ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan atas jasa bakti serta sumbangan beliau kepada Negara dan Jabatan khususnya.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. MOHAMED TALMIZI BIN MOHD YUSOFF yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 25 MAC 2023.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Bangunan (J3) bertempat di JKR Daerah Port Dickson pada 16 Disember 1992. Beliau telah berkhidmat lebih 31 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Pada 23 Mac 2023 (Khamis) telah berlangsung Majlis Pelancaran Bunting Larangan Menerima dan Memberi Hadiah, yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Majlis ini turut dihadiri Ketua-Ketua Bahagian CDPK serta kakitangan Bahagian Integriti sebagai satu usaha hebahan berhubung larangan ini.
Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Pembinaan Kuarters Bertingkat Di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungkai, Perak telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Mac 2023 (Rabu) bertempat di Ruang Serbaguna, Blok B, Kuarters Bertingkat Di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungkai, Perak.
Pada 20 Mac 2023 (Selasa), Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menerima lawatan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang diketuai oleh Puan Rene Harlene Binti Drahman berserta 18 orang pegawai-pegawai Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang lain.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman Jabatan Kerja Raya dalam pelaksanaan dan pembangunan sistem kompetensi serta kemajuan kerjaya pakar bidang khusus SME di JKR
Majlis Penutupan Kursus Sistem JKR E-Tender (JET) oleh YB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air & Pengangkutan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Kerja Raya Perak Darul Ridzuan, Ir Hamdan bin Ali dan wakil Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Sr Mohammad Harith Bin Mohd Yunos.