Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HAJI NIK SOH BIN YAACOUB yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 5 April 2023.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik bertempat di JKR Tumpat Kelantan pada 15 Julai 1986. Beliau telah berkhidmat lebih 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad atas perlantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia.
Pada 9 Ramadan 1444H (Jumaat) bersamaan 31 Mac 2023, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengadakan Majlis Ihya Ramadan Al - Mubarak Bersama Pengurusan Tertinggi JKR di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid.
Program ini adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat kerja muafakat dan muhibbah di antara Pengurusan JKR Malaysia dengan semua lapisan warga kerja JKR Malaysia, disamping menjadi wadah penghubung pertemuan yang boleh sekaligus merapatkan ukhwah fillah dan silaturahim antara warga JKR.
Surau Menara Kerja Raya dengan kerjasama Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) mengadakan Program Tazkirah Tarbiyah Ramadan bagi mengimarahkan Surau di sepanjang bulan Ramadan. Kerjasama ini adalah selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri yang memohon semua Kementerian & Jabatan kerajaan menganjurkan majlis ilmu di pejabat masing-masing bagi menghidupkan semangat Ramadan.
Berkuatkuasa Januari 2024, Kursus Sijil Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK) menjadi SYARAT WAJIB bagi kontraktor Gred G7 yang ingin menyertai tender projek projek fasiliti kesihatan di bawah seliaan JKR.
Objektif kursus kompetensi kontraktor kesihatan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dalam aspek pengurusan dan pentadbiran khususnya di peringkat Pra dan Pasca Kontrak, mendedahkan kontraktor kepada isu, masalah dan ikhtibar (lesson learnt) serta menjelaskan harapan dan jangkaan Kerajaan terhadap prestasi kontraktor.
30 Mac 2023 – Majlis Penyerahan Sijil EKSA Kendiri (DIY) kepada JKR Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan telah diadakan semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) JKR Malaysia Bil.2/2023.
Sesi penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia kepada YBrs. Ir. Razali bin Mohd Shaili, Jurutera Daerah JKR Batang Padang, Perak.
Satu sesi Kunjungan Hormat dan Libat Urus Cawangan Jalan Jabatan Kerja Raya Malaysia bersama Bahagian Prasarana Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) telah diadakan pada 29 Mac 2023 di Bilk Mesyuarat Mayang Sari Aras 25, Bahagian Prasarana Malaysia KKDW. Sesi Kunjungan Hormat Dan Libat Urus daripada Cawangan Jalan JKR yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ibrahim B. Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan telah disambut mesra oleh Setiausaha Bahagian Prasarana KKDW, YBrs. Tuan Ahmad Bin Tuan Wil. Turut hadir bersama delegasi daripada Cawangan Jalan, YBrs Ir.
Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Haji Rahmat bin Haji Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) bersara wajib pada 30 Mac 2023. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik diarah menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), dimana yang berkenaan di samping mejalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik berkuatkuasa mulai 30 Mac 2023 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HAJI RAHMAT BIN HAJI ABD. RAHMAN yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 30 Mac 2023.