Melayu

Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah dilaksanakan di Ibu Pejabat JKR Malaysia yang melibatkan keempat-empat sistem ISO berikut:

Alt

adminjkr


Melayu

Isnin, 5 Jun 2023- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah telah berkenan untuk mengurniakan Darjah Kebesaran PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.) kepada YBhg. Dato' lr. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya yang membawa gelaran "DATUK", sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2023.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS Ir. ZALINA BINTI MOHD YUSOF yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 Jun 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Sementara (J29), bertempat di JKR Workshop Bentong, Pahang pada 23 September 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 38 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK MAT NAJIB BIN MD DAWAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 Jun 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Mekanikal (J3) bertempat di JKR Workshop Negeri Pahang pada 2 Februari 1993. Beliau telah berkhidmat hampir 30 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Melayu

JKR Malaysia telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) JKR Malaysia Bersama Komuniti pada 27 Mei 2023 (Sabtu) di Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam, Selangor. Program ini julung kali diadakan bermula tahun 2023 dan Masjid Taman Alam Jaya merupakan lokasi pertama program sebelum akan diteruskan ke beberapa buah masjid dan sekolah lain dalam tempoh yang terdekat.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek PEMBINAAN MAHKAMAH SESYEN DAN MAJISTRET BAHARU IPOH, PERAK telah diadakan pada 26 Mei 2023 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Cenderawasih, Aras 13A, Menara PJD, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

Roadshow Garis Panduan Bagi Kerja Perlindungan, Pengalihan Dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program Dan Projek Kerajaan Rancangan Malaysia Ke-12 (GP Utiliti RMKe-12) Zon Tengah telah berlangsung pada 25hb Mei 2023 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Cemerlang, Wisma Perbadanan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Alt

adminjkr


Melayu

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa  Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan International Seminar on Forensic Engineering 2023 (ISoF2023) seperti ketetapan berikut:

                       

Alt

adminjkr


Melayu

Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad telah merasmikan Kursus Sijil Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK) pada 29 Mei 2023 di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Kursus yang dilaksanakan buat julung kalinya ini akan berlangsung selama lima hari, melibatkan seramai 35 Syarikat Kontraktor Gred G7 yang telah lulus penetapan prasyarat Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan,YBhg. Dato' lr. Dr. Balamurugan a/I Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advance Leadership and Management Programme - ALMP) Siri 77, Bil 2/2023 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 26 Mei 2023 sehingga 23 Jun 2023.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman