Pada 6 April 2023 (Khamis) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Sesi Menandatangani Dokumen Kontrak bagi pelaksanaan Projek Penyelenggaraan Sistem Solar Hibrid Dan Naik Taraf Sistem Bekalan Elektrik Bagi Sekolah-Sekolah Luar Bandar Negeri Sabah Tahun 2023 Hingga 2025 – Pakej 1 & Pakej 2. Majlis Penyerahan SST & Sesi Menandatangani Dokumen Kontrak tersebut telah diadakan di Bilik Zamrud, Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia Kuala Lumpur.
Program Ikrar Bebas Rasuah Cawangan Jalan yang bertemakan “Mencegah Ketirisan Dalam Pengurusan Projek” bagi tahun 2023 telah diadakan pada 7 April 2023 (Jumaat) bertempat di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Pengarah Kejuruteraan Jalan & Jambatan dan Ketua-Ketua Bahagian/Unit serta Warga Cawangan Jalan seramai 120 pegawai secara bersemuka dan 70 pegawai atas talian telah dinamakan sebagai peserta untuk program kali ini.
Tazkirah Ramadan JKR diteruskan oleh Sheikh Ahmed Ali Mohd Al Babeli (Imam Palestin) bersama penterjemah YBrs. Ustaz Hj. Mohd Akib Abdullah (Imam Masjid WPKL). Takzirah bertajuk Kepentingan Masjidil Al-Aqsa Kepada Orang Muslim mengungkap tentang perjuangan umat Islam yang berada di Palestin.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK SAZALI BIN MOHD RASAP yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 5 April 2023.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek Tingkatan Biasa(J3) bertempat di Bahagian Seni Bina Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kerja Raya Malaysia pada 5 September 1998. Beliau telah berkhidmat lebih 25 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Majlis Penyerahan Goodies Ramadan Kelab Sukan dan Kebajikan CDPK (KSKCDPK) telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ir. Hj. Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat selaku Pengerusi, Kelab Sukan Dan Kebajikan CDPK (KSKCDPK) telah dijalankan pada 06 April 2023 (Khamis) yang bertempat di Aras 30, Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Bengkel Jawatankuasa Kerja Penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Bil.1/2023 telah dilaksanakan pada 3-5 April 2023 di JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran Unit Pengurusan Bersepadu (UPB), Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat melibatkan wakil JKR cawangan dan negeri yang terpilih.
Sukacita dimaklumkan, pihak CREaTE akan melaksanakan Program Intensif Calon Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan (PEPC) JKR 2023. Program ini bertujuan memberi panduan dan bimbingan kepada Jurutera Profesional JKR untuk diiktiraf sebagai Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan (PEPC) dan program ini terbuka kepada Disiplin Awam, Mekanikal dan Elektrik.
Adalah dimaklumkan, YBrs. Sr Siti Baizura binti Mohamad Noor, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Ibu Pejabat JKR Malaysia bercuti sakit mulai 4 April 2023.
Pada 3 April 2022, Skuad JKRPrihatin yang terdiri daripada daripada YBrs. Ir. Ts. Mohd Hazery b. Hj. Md. Shamsi (CDPK), En. Alif Zuwairi b. Baharuddin(Caw. Jalan) dan En. Mohamad Murtado b. Rosli (wakil Surau KKR) telah bertolak dari Kuala Lumpur ke Kaharanmaras, Tukiye bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan JKRPrihatin badan NGO Hayrat Yardim, Turkiye. Skuad JKRPrihatin turut bersama-sama mengedarkan barangan keperluan asas dan memberi pandangan serta nasihat teknikal.
Jadual Kadar Kerja Kejuruteraan Awam Dan Bangunan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan boleh digunapakai oleh semua Agensi, Kementerian dan Jabatan. Jadual Kadar Kerja ini boleh digunakan untuk kerja-kerja ‘requisition’, iaitu kerja-kerja kecil dan pembaikan yang tidak mengubah struktur asal.
Jadual Kadar Kerja ini dijual kepada orang awam dengan harga RM20.00 senaskah di :
Unit Tawaran Pusat Cawangan Pengurusan Perolehan Dan Harta Tingkat Bawah Blok A Kompleks Kementerian Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin 50582 Kuala Lumpur.