Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Mhd Khair bin Nordin, Pengarah Khidmat Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia bersara wajib pada 25 April 2023. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Dr. Zuraida binti Zaini Rijal diarah menjalankan tugas Pengarah Khidmat Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Dr.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. MHD KHAIR BIN NORDIN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 25 April 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah (A18/J3) bertempat di Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka, Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada 16 Jun 1990. Beliau telah berkhidmat hampir 35 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Melayu

Penyelidikan rentas sempadan berkaitan penyenggaraan jambatan ini telah diwujudkan atas inisiatif 17th ASEAN-Japan Senior Transport Officer Meeting yang diadakan pada bulan Julai 2019. Objektif utama penyelidikan ini adalah bagi merapatkan jurang penyenggaraan jambatan di sepanjang rangkaian Lebuhraya ASEAN (ASEAN Highway) berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik. Mesyuarat pembukaan kumpulan pakar telah diadakan pada 18 Februari 2020 di Bangkok, Thailand diikuti dengan 5 siri mesyuarat secara atas talian yang diadakan antara tahun 2020 hingga 2022.

Alt

adminjkr


Melayu

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI

YBHG. DATO' IR. AHMAD REDZA BIN GHULAM RASOOL

1444H/ 2023

 

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wabihi Nasta’in,

Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad wa A’la Ali Saidina Muhammad

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia MADANI,

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti EN. CHUAH WAI LEONG yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 17 April 2023.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga EN. CHUAH WAI LEONG dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Selamat Bersara.

Alt

adminjkr


Melayu

Segala Puji bagi Allah SWT, berorentasikan sambutan World Quran Hour 2023  #QuranHour yang disambut serentak di seluruh dunia pada 13 April 2023, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan CDPK (KSKCDPK) telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran CDPK Tahun 2023 bertempat di Surau Menara Kerja Raya, Blok G dengan penyertaan 125 peserta. 

Alt

adminjkr


Melayu

Sebagai sebuah jabatan teknikal serta penasihat teknikal utama di negara ini, JKR merupakan penggerak dalam pembangunan infrastruktur ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun secara mampan seiring dengan hala tuju negara. Justeru itu, Pelan Strategik merupakan tunjang kekuatan JKR yang perlu diperkukuhkan melalui perancangan yang berstrategik merangkumi hala tuju, bidang fokus, objektif, strategi, beserta pelan tindakan yang komprehensif.

Alt

adminjkr


Melayu

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016 JKR Malaysia Tahun 2023 telah dilaksanakan bermula 15 Mac 2023 dan akan berakhir pada 14 April 2023 di semua Cawangan Ibu Pejabat JKR termasuk dua (2) buah JKR Negeri iaitu JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan JKR Negeri Sembilan yang telah mendapat pensijilan ABMS ISO 37001:2016 pada 1 September 2022.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman