Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs Ir. HAJAH JUNAIDAH BINTI JAAFAR yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 2 Mac 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J3) bertempat di Pejabat Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang pada 1 Jun 1995. Beliau telah berkhidmat lebih 27 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2023 akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia adalah merupakan satu inisiatif jabatan untuk memberi pengiktirafan kepada seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan kemahiran/kepakaran dalam bidang tertentu serta memenuhi piawaian pensijilan.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 23 – 24 Februari 2023 (Khamis dan Jumaat) telah diadakan satu Kursus Pemantapan Auditan bagi Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016. Kursus ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, JKR Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan telah dihadiri seramai lima puluh (50) orang yang terdiri daripada Juru Audit Dalaman (JAD), Pegawai Integriti (PI) dan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang telah dilantik dari JKR Negeri/ JKR Cawangan dan Urus Setia SPAR.

Alt

adminjkr


Melayu

Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS), CDPK dan Kelab Sukan dan Kebajikan CDPK dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah pada 27 Februari 2023 (Isnin), bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Sebanyak 99 beg darah berjaya dikumpul melepasi sasaran, hasil daripada kerjasama para penderma darah yang terdiri daripada warga JKR dan penghuni, antaranya pihak Pengurusan Bangunan dan Pengawal Keselamatan.

Alt

adminjkr


Melayu

Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah terpilih sebagai Champion bagi World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2023 yang dianjurkan oleh International Telecommunication Union (ITU), United Nations (UN) di bawah kategori e-Science.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. MANIMARAN A/L RAMAN yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 27 FEBRUARI 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik bertempat di JKR Langkawi , Kedah pada 2 JUN 1988. Beliau telah berkhidmat lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 20 Feb 2023 (Isnin) telah berlangsung satu kunjungan hormat delegasi dari Jabatan Pertanian yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan, Ketua Pengarah Pertanian berserta pegawai-pegawai daripada Jabatan Pertanian.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, DIMP., Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang bersama-sama YBrs. Puan Norliza Binti Mohamed Ali, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Pahang selaku wakil kepada pihak pelanggan. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. En. Rizal Bin Mustafa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, YBrs. Ir. Adly Bin Dasril selaku Jurutera Daerah dan Pegawai Penguasa bagi projek ini, YBrs.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Dan Memulihara Struktur Fizikal Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar (Fasa II) telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2023 bertempat di Auditorium Blok Pentadbiran ILP Selandar.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman