Delegasi daripada Istana Budaya telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 9 Mac 2023 (Khamis). Kunjungan hormat ini diketuai oleh YBrs. Puan Zubaidah binti Mukhtar, Ketua Pengarah Istana Budaya.
Kunjungan disambut oleh YBrs. Ir. Haji Rahmat bin Abd. Rahman TKP Sektor Bangunan, YBhg. Dato’ Ir. Zulkipli bin Nasri TKP Sektor Infa, YBhg. Dato’ Ir. Masri bin Baharuddin, Pengarah CDPK serta pegawai-pegawai daripada cawangan yang berkaitan dengan projek melibatkan Istana Budaya.
Jabatan Kerja Raya telah mengadakan sesi libat urus bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 9 Mac 2023 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif Aras 13, Blok C1 Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Hari kedua Kuala Lumpur International Pavement Seminar (KLIPS) 2023 pada 8 Mac 2023 diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir Bin Hj Wan Sulaiman.
Seminar yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah berjaya menarik minat pengamal industri pembinaan jalan raya dari seluruh dunia, dimana sebanyak 17 kertas teknikal telah dibentangkan oleh lebih daripada 15 orang speaker jemputan sepanjang seminar berlangsung.
Perasmian Kuala Lumpur International Pavement Seminar (KLIPS) 2023 telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya pada jam 9.00 pagi ini, 7 Mac 2023 (Selasa).
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi MENYIAPKAN BAKI KERJA ILAJ HOME DI MUKIM BANDAR, KUALA LUMPUR telah diadakan pada 27 Februari 2023 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna, Ilaj Home, Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Yang Ke-66 pada tahun ini, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menganugerahi YBhg. Dato’ Ir. Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri KURNIAAN DARJAH DATO’ PADUKA MAHKOTA PERAK (D.P.M.P) yang membawa gelaran DATO’ berkuatkuasa 4 November 2022.
Pada tanggal 3 Mac 2023 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) 2 in 1 dan penyerahan rasmi pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek di bawah Cawangan Jalan iaitu PROJEK MENGGANTIKAN JAMBATAN FT003/667/20 SUNGAI ALOR BAUNG, PASIR PUTEH KELANTAN.
Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek MEMBINA BAHARU KOMPLEKS EHSAN SLIM RIVER, PERAK telah diadakan pada 2 Mac 2023 (Khamis) di Menara Kerja Raya Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBs.Sr NORAINI BINTI OTHMAN yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 2 Mac 2023.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurukur Bahan (J3) bertempat di Bahagian Ukur Bahan & Kontrak, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;